Haji Zainal, Klang 2-4 Disember 2016

Pada 4-6 Disember 2016 (JUmaat-Sabtu) yang lepas, Hj. Zainal sekeluarga dari Klang telah menginap di Chomelista Homestay, Pasir Mas.
Seperti yang dijanjikan, hanya RM80/mlm.
Welcome drinks / food

Berdebar tak usah cakap.  Ye lah sebab nak entertain penghuni pertama kita ni.
Tak tahu apa persepesi dia nanti sebab kita tak ada pengalaman sedikit pun dalam bidang homestay servis (pengalaman buka vendor butik / carbootsale tu ada lah hehe).
Towel bilik utama

Kami jumpa di depan JPN Pasir Mas waktu Maghrib & follow kami ke homestay.
Pada mulanya Hj. Zainal ingin menukar homestay (gedebukkk rasa nak luruh jantung).. sebab katanya sangka BETUL-BETUL DI TENGAH BANDAR PASIR MAS.

Oh yang di tengah bandar pasir mas tu ialah KLINIK BANDAR P. MAS.
Beliau bertanya ada HOTEL KE DI P. MAS?
Ada.. bukan tiada tapi tiadalah hotel taraf2 mewah, ada bulan bintang.. sekadar hotel2 biasa sahaja.
Towel bilik tengah

Saya masuk rumah & beramah mesra dengan wife nya.
Wife Hj. Zainal memuji homestay kami cantik.
Saya juga minta maaf sekiranya ada kekurangan.

Towel bilik kecil

Macam biasa, Dina pun beramah mesra juga dengan wife Hj. Zainal.
Duk explain dgn ramahnya mengenai toysnya yg diletakkan di ruang beraktiviti kanak-kanak.

Selepas berdiskusi, Hj. Zainal setuju sahaja menetap di homestay kami.
Air kotak dalam peti.
RM1 sekotak ye (suka sebab lepas tu banyak rompong) :)

Bila hari check out, berdebar juga nak dengar khabar berita dari suami (sebab klinik suami berdekatan dgn homestay).  Lepas dengar, alhamdulillah... Hj. Zainal berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan kerana belum pernah ada homestay yang sedikan air kotak & welcome drinks specially makanan yang banyak.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur!

Berminat stay di homestay kami?
Wassap / call:  017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)
FB: chomelista-homestay
Instagram:  chomelista.homestay

Majlis Kesyukuran Sempena Pembukaan Homestay Pasir Mas

Alhamdulillah, majlis kesyukuran sempena pembukaan Chomelista Homestay di Pasir Mas telah berjalan dengan lancar pada 17 November 2016 (Khamis) yang lepas.

Kami suami isteri berhempas pulas menyiapkan homestay ni.
(Sebenarnya suami yang lebih buat kerja, sang isteri bantu je hehe).
Kami anak beranak gigih siapkan homestay di pasir mas ni

Sebelum dapat kunci
Yang kanan tu doktor pakar pergigian di Pasir Mas :-)

Tak susah-susah nak order makan sebab nya mak mertua kita memang jual nasi makanya, order dengan dia aje lah hehehe.  Buat lauk pauk simple ala-ala kampung je.
Solat zuhur.  Mereka ni semua pembantu pembedahan pergigian :-)

Suami jemput geng-geng Klinik / Hospital sebab tu lah dalam gambar kelihatan ramai uniform putih (sebab suami pun pakai uniform kan) :P
Suasana majlis
Solat hajat

12.40tghari geng-geng klinik suami dah mula menyerbu.. nasib baik baby sitter kita masa kita baby dulu datang tolong.. kalau tak... nanges kita :P
Inilah dia baby sitter kita masa kita kecik dulu.  Sekarang anak kita pula yang manja dengan baby sitter kita.  Wah off topic pulak ni.

Pada mulanya majlis kami bajet sehingga 5petang je tapi tetamu tak henti datang sehingga 6.45petang.  Tetamu yang datang lihat-lihat dalam rumah.
Suasana majlis

Alhamdulillah ramai yang puji sebab memang kita sediakan perkakasan cukup lengkap.
Tetamu yang nak datang boleh bawa badan je.  Towel / sejadah / telekung.
& tak kurang juga yang terkejut & tak benarkan kami letak harga RM80/MLM kerana mereka juga ada homestay di kejiranan sama dengan harga RM150/mlm tapi tak cukup lengkap.

Tak apa, kami buat harga promosi sehingga 31 Disember 2016 ni sahaja.
Petang-petang jemput kanak2 pulak, sebab dorang kan keluar bermain :-)

Jiran-jiran pun kita jemput juga.  Ye lah kita kan hidup berjiran, kena lah jemput kan.
Kanak-kanak pun ramai datang.  Memang happening kawasan tu, semua jiran-jiran tak sombong.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesiapa yang nak cari HOMESTAY DI PASIR MAS, kami antara pilihan yang ada.
InsyaAllah SELAMAT / SELESA / PERMAI TIADA PENCEMARAN BUNYI & LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN).

Hubungi:  017-9616119 (fizi)

Ruang Tamu- Chomelista Homestay, Pasir Mas

Ruang tamu Chomelista Homestay.
Settee putih 5seat.
Empuk & Selesa.

Hanya RM80/night (sehingga 31/12/2016) sahaja.


Alamat Chomelista Homestay:

PT 2802, TAMAN LATI
BELAKANG HOSPITAL PASIR MAS
17200 PASIR MAS, KELANTAN
017-9616119 (Fizi) / 012-3308551 (Fida)

Maps Chomelista Homestay, Pasir Mas Kelantan

Anda masih blur-blur di mana letaknya CHOMELISTA HOMESTAY?
Ianya beralamat di:

PT 2802, Taman Lati,
Belakang Hospital Pasir Mas
017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)

Ini map nya.


*Hospital Pasir Mas:  600meter
*SMK (A) Lati: 800meter
*SK Pendidikan Khas: 950meter
*Masjid As-Safraa: 1km

Kenapa perlu tinggal di CHOMELISTA HOMESTAY, PASIR MAS?

  • RM80 sahaja semalaman (sehingga 31/12/2016 sahaja)
  • 3bilik tidur, 2bilik mandi
  • cukup lengkap
  • ada ruang aktiviti anak-anak
  • saluran njoi
  • tenang / permai & tiada pencemaran bunyi

Intro- Homestay Baru di Pasir Mas

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Kami akan menyediakan perkhidmatan HOMESTAY DI PASIR MAS yang akan mula beroperasi pada 20 NOVEMBER 2016 (AHAD). Sesuai sangatlah nak booking sekarang. Ibu bapa nak jemput anak-anak sekolah asrama, yang kerja hospital, sekolah pendidikan khas.. boleh la booking ya? Boleh berjimat cermat di zaman nak pakai duit sekarang ni.
Ni masa mula-mula nak start buat homestay.
Tunggu kami update dari masa ke semasa ok?

 Lokasi:
* betul-betul belakang HOSPITAL PASIR MAS, KELANTAN
* teres 3bilik, 2tandas
* aircond di bilik utama / kipas di bilik kedua & ketiga
* saluran NJoi
* peti sejuk / mesin basuh / dapur / rice cooker / meja makan / instant drinks / settee
 * perkakasan dapur
* ruang bermain anak-anak. Confirm anak-anak tak boring punya hehe!
* semua tak sampai 1km dengan HOSPITAL PASIR MAS / SMK (A) LATI / SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS.  Kedai makan pun banyak pilihan.
*  surau / kedai runcit pun depan tu jerrr!

All new 

Harga? Eh jangan risau tuan2 / puan2. Kita nak bagi harga promosi sepanjang tahun 2016 ni. 

1-10mlm: RM80/nite 
11-20mlm: RM70/nite 
21-30mlm: RM60/nite 

Murah sangat-sangat dah tu. Selesa sebabnya homestay baru! Minat?

Meh wassap / call kami terus.
017-9616119 (fizi)
012-3308551 (fida)